Assalamualaikum...
Ha! Konpem korang hingat aku nak citer pasal Oh My School yang kat KBS world tu kan? Kan? Jawapannya.....tak. Takde kene mengena pon haa. So apa dia? Ok aku akan ceciter kat korang ok?
Di pagi hari hujan turon dengan renyai renyai. Aku melangkahkan kakiku ke skolah kesayangan aku. Tapi takde lah bangga sangat. Sesampainya di skolah satu announcement telah dibuat. Aku belom sempat pon dudok untok melepaskan kelelahan. Ahh..apa pulak pengumuman pagi pagi buta ni?
"Perhatian. Semua pelajar dang guru yang beragama Islam diminta pergi ke dewan form6 untok bacaan tahlil kepada arwah cikgu Fazlina.Sekarang!"
Alah..overlah aku memandai je tambah sekarang kat blakang tu. Takpe lah. Innalillahiwainnailaihirojiun buat arwah cikgu Fazlina aku. Ok, time tu aku baru je sumbat roti yang aku beli kat kantin tadi dalam mulot. Masa dengar tu memang tergamam yang amatlah kan? Lepastu aku kuar kelas. Cuba tengok tengok Pera dah datang ke belom. After a few minutes ,dia pon datang. Lepastu cepatcepat ke dewan form6.
Bacaan tahlil diakhiri dalam pukol lapan seploh minet kot tak silap aku. Ala, 15-20 minet je haa baca tahlil. Tapi kan memang aku tak expect lew hari ni cikgu Fazlina aka PK HEM aku meninggal. Eh bukan hari ni lah. Dari tengah malam semalam lagi. Kata kawan aku lah. Aku tak tahu pape. And patotlah time PI semalam Ustazah Asmah cakap nak kuar gi jenguk cikgu Fazlina kejap. Bila ditanya kenapa dengan dia, Ustazah jawab dia tu macam sedar tak sedar. Aku tak dapat tangkap lagi maksod nya. Hari ni barulah aku paham. Arwah tengah nazak time tu. Anyway arwah dah dikebumikan pukol 12 tengahari tadi.
Eh eh tadi kan time rehat kan ada jualan kat skolah. Macam macam ada jual. Kain pasang, tudong, bukubuku rujukan n latihan, dan makanan. Best? Boleh tahan jugaklah. Yang penting aku pon terlibat jugak. Aku tolong jual kain pasang dengan tudong and makanan. 1st time weh aku buat keje jualjual nieh. Boleh buat aku lupakan si dia kejap.
Si dia? Argh apsal lah boleh hingat lagi nieh. Humm...rindu? Tak kan kowt. Tapi maybe lah jugak kan sebab hari ni dia tak datang. Memang sayang betollah dia tak tengok aku berjualan tadi. Kawankawan dia yang datang pon berjual jugak. Diorang jual donut. Sedap, besar lah pulak tu. 1 seringgit. Murah kan? Tapi tak sempat beli. Mujur ada kakak tu baek dia bagi aku share sikit. Kakak tu kelas dia jugak.Aku jeles dengan Nina dapat berbaek dengan orang yang dia suka. Dia pon macam aku jugak..malu tapi mahu. Haha.
Nak cite apa lagi ek? Em, takde dah kot. Oklah berenti kat sini dulu yew? Nanti ada masa aku update lagi....
No comments:
Post a Comment