The things I love so much....


Assalamualaikum w.b.t....


Seven things-listed below :

I


Aku memang gila kamera. Eh,tapi tak adalah aku nak mengumpul duit buat beli sebuah kamera. Ceh, tahulah kalo kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit,tapi tahap pemikiran aku belom lagi sampai ke situ! 

Nasib baiklah aku ada abah yang baik. Cece...walaupun dia tidak terus memberikan kamera Nikon kesayangannya kat aku,janji aku dapat pegang sudah.Kalau pegi jenjalan ke pasti handbag aku tempat simpan kamera dia tu. Nasib baik handbag aku boleh menampungnya.Dan pastilah aku yang jadi photographer sementara(perasan trus jadi photographer). Sebab aku yang rajen ambik gambar. Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai tangan busuk pekasam jugak...hehe.



II


Ini bukan laptop aku ye? Nan hadoo lah aku memiliki laptop,lagikan nak memiliki Apple Pink ni. Huwaa! Kalo lah aku terjumpa teko ajaib then gosok-2 keluar jin tu,kan best! Hajat ditunaikan! Abracadabra...Bling-bling!

Aku rasa aku perlukan laptop jugak coz memudahkan kerja aku. Nak pegi mana hangkut je benda ni. Lainlah pakai komputer,jenuh woi! Kalo bawak PC nak jadi apa. Kena jugaklah hangkut CPU yang besar gedabaks tu. Senak perut aku dibuatnya.



III


Anda kenal ni anak sape? 

Ni bukan anak-anak ke,mak-mak ke,bapak-bapak ke, dia cuma kartun yang berasal dari komik Jepun tu je. Entah kenapa aku addicted dengan benda ni. Nak kata comel, taklah sangat. Setakat ni aku dah ada dua barang Domo ni. Satu aku beli sendiri,satu kawan aku kasi hadiah besday aku bulan tujuh lepas.

Ada jugak kengkawan aku yang minat Domo. Tapi dalam banyak-2 tu,duorang je yang aku kasi hadiah berupa Domo ni. Mereka adalah Syazwan dan Nyna. Syazwan ni senior aku.Dia dah lama mintak Domo kat aku. Sebab aku asyik usung Domo yang aku dapat time besday tu. Dia mintak yang tu. But aku tak kasi.

Last-2 masa aku pegi Kelantan minggu lepas aku beli jugak.Well,barang sana kan murah-2. Bole tahan la harganye. Then bila aku kasi kat dia,kemain seronok dia. 

Aku : Nah ambiklah! 
Syazwan : Hah,betol ni?
Aku : Lar, betollah.
Sayzwan : TQ. First time orang bagi aku DOMO.

Muka time tu hepi tak ingatlah ye. Nyna pon lebih kurang macam dia lah!



IV


Ini lah character aku. Geng-2 aku sume panggel aku Angry Bird. Idea asal cik Ka yang kasi nama ni. Entah pape, mula-2 aku lebih menyayangi Domo. Tapi dah character Angry Bird,so aku seimbangkan kasih sayangku sama rata je.

Ceh,cakap macam lah benda-2 ni bernyawa. Ada Aku Kesah? Pegi Kelantan hari tu pown aku beli benda ni. Sebab aku rasa tak acilah beli keychain and Domo kat kawan-2 aku je. At least aku pown kena jugaklah ada barang berharga. Last-2 aku rembat satu Angry Bird.Siap ada loceng lagi.



V


Comelnye kaler pink dia! Cis, bila tahon lah aku dpat memiliki I phone ni. 

Kayh,semua manusia di dunia ni saling berkomunikasi. Nak tanya khabar lah, pasal politiklah,meeting lah bla bla bla. Dan yang saling dok communicate ni mestilah antara manusia dengan manusia yaitu mak-anak,kawan-kawan,atok-cucu,sepupu-sepapat termasuklah golongan pakwe-makwe. Wajib ye tu!

Salah satu cara nak communicate mestilah Handphone kan? Semua orang mesti ada benda ni. Yang tengah baca ni jangan nak kelentong kata takde phone pulak. Kang aku sepak laju-laju je perot ko tu.Huahuahua.

Kalo takde phone mesti macam tak bermakna je hidup ni. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding rumah jiran sampai pecah dua tengkorak kau kan? Orang lain kemain dok usung henpon murah mahal sume ada sana sini tetiba kau takde. Rasa diri ni humble gila kowt.



VI



Kayh diari atas tu bukan aku punye. Harap maklum. Diari aku lagi cun lah. SWEET MEMORIES namanye. Bukan senang aku nak buat tau. Bukan macam korang,beli kat kedai je. Tapi aku punye special lah(kononnya),buat sendiri okay?



VII



Yang atas ni semestinya-sewajibnya-sekekalnya hak milik IZZATI HAZIRAH. Eh,salah. NOR' IZZATI HAZIRAH BINTI ZULKARNAIN. Tak payah gatal nak copycat jadi hak kau pulak. Suka-2 je.
*Ceh,cakap macam lah blog aku ni cun sangat.Sedar diri.Hehe*






Ekceli banyak lagi benda yang aku sayang tapi malas lah aku nak list banyak-banyak. Tak kuasa tangan aku nak tulis panjang-2. Kang korang gak yang borink nanti. 

Kayh,beta undur diri dulu. Daaaaa...........





No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©