Evening uollss !!


Assalamualaikum...

Nak citer something nih.

First
Hari tu aku , Pera and Nyna plan nak gi library awam (hari Rabu). Niat aku nak jumpa Mr Oppa aku tu lah setelah aku tahu kat mana tempat dia keja. Mula-mula gi lunch dulu. Masa tu ternampak sorang senior(boy) aku tapi tak sempat nak panggil. Lepas makan, barulah gerak gi library. Otw ke sana, aku sengaja ajak kawan aku lalu depan sebuah kedai, tempat Oppa aku keja. Tapi tak nampak dia pun. Cuma nampak motornya sahaja (noktah!)

So, masa kat library kami bertiga buat homework mathmod. Aku pulak masa tu bad mood lah. Ingat kalo gi pekan dapat lah jumpa dia. Tapi tak pun. Aku habis buat homework lebih awal daripada kengkawan aku. 

Depa : Awainya siap!
Aku : Kalau marah, memang cepat!

Lepas habis semua keja, kami pown kuar dari library. Aku ajak kengkawan aku lalu ikut taman bewak (aku pon tak paham apa kejadahnya orang panggil taman ni taman bewak). Pera ajak kami begambar kat situ. Aku pown on aje lah walaupon tak ada mood. 

After a few minutes, aku pown ajak balek. Lalu sekali lagi depan kedai tempat Oppa aku keja tu. Masa bejalan untok melintas jalan ke kedai tu...

Nyna : Weh, tu kan (nama si dia)!
Aku : Mana?
Nyna : Tu, aku nampak! Yang pakai baju ijau tuh!
Aku : Mana ada! Tu bukan dia lah.

After that...

Aku : Ha, betoi lah (nama si dia)!! 




Aku pun berlari lah mengejar dia yang dah nak blah dari kedai tu. Kedai tu baru aje tutop. Geng aku pown berusaha lari jugak. Tapi tak sempat. Dia dah blah tapi dia nampak kami bertiga dan memicit hon motor dia beberapa kali sambil mengerling tanpa memberi sedikit senyuman (cayalah, dah macam ayat novelis).

Aku tersentap. Geram ngat aku dengan oppa aku tu. Tak jumpa frust, dah jumpa menyakitkan hati. At least, senyumlah sikit kat aku yang dah lama tak jumpa dia. (Lantak lah, aku nak over sat masa tu). Lepas tu, aku pown balik. Apa yang best hari tu, aku terserempak dengan senior aku masa lunch. Patutnya aku syok sebab jumpa oppa aku. Manusia ni memang banyak kerenah!

Second
Kemarin skolah aku ada buat kenduri kesyukuran sebab PMR 2011 punya peratus meningkat. Khas untok bebudak Form 4 lah jamuan ni sebenarnya. Tapi semua pelajar dapat menikmati jamuan tersebut.

Aku tak makan pun sebab depa kata jamuan tu hanya untok Form 4. So, aku and kengkawan pown gi kantin untok menjamah makanan. Lepas makan, kami pegi ke ICT lab. And, cikgu aku kata pihak skolah akan buad pengumuman untuk pegi makan tu dalam pukol doblas something...

Aku pun geram lah. Last-last, aku ngan kawan aku, Cikin, tak makan pon sebab dah kekenyangan. Hurrgghh...annoying!

Dah lah, tak kuasa nak berleter lama-lama.


-Daaaaaa-






No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©