Salam,,
Sedar tak sedar,tinggal satu hari lagi je kita berpuasa.Hurmm,Ramadhan akan meninggalkan kita semua manakala Syawal bakal menyambut kita.Rini aku nak story siket pasal raya!Kalau cakap pasal raya,semua orang pakat seronok nak sambut.
Kadangkala belum masuk Ramadhan lagi diorang dah sibuk2 buat persiapan.Itu tak apa lagi.Ini yang tengah malam raya pun sibuk dok membeli segala barang bagai.Adoii,kalau ye pun tak ada masa,yang pergi redah malam raya tu apa pasal.Ish3..tak apalah,ikut suka korang lah!
Hmm,tahun ni aku raya biasa2 je.Biasa ke?Yelah kot.Tema baju family aku untuk tahun ni warna ungu.Tahu siapa yang suggest warna tu?Akulah,siapa lagi.Sebelum ni,mana pernah lagi family aku pakai theme warna ungu.Sebab tu lah aku pilih.
macam ni lah lebih kurang baju raya aku..
Tahun ni baju kurung aku dua pasang.Macam tahun2 sudah jugaklah.Wana ungu tu satu,satu lagi wana pink.Tp takdelah pink sangat.Ingat aku ni feminin sangat ke?Biasalah aku ni kan simple je.Hak3...poyo betul aku ni.Hmm,t-shirt sepasang,baju muslimah 2 pasang.Sikit je,kan?Mana ada,banyak tu.Bersyukurlah...
Masa hari raya ni lah kita dengar bebudak masuk hospital.Tahu sebab apa?Main mercunlah.Ish,aku pun tak tahu nak kata apa sebab kekadang aku pun terikut-ikut jugak.Haha..Biasalah aku kan ada adik2.Tapi aku main mercun yang tak bahaya sangatlah.Setakat bunga api dengan mercun mancis tu,okeylah.
adik aku...smart kan pic ni??
Ayah aku pulak selalu kuar masuk bukit kayu itam.So,banyaklah dia membeli belah mercun kat situ.Bukan seludup ye?Biasalah polis.Adik aku pulak selamba je main dengan mercun bola.Ish,tak takut ke hapa?Nasib baik dia tak pandai buat meriam buloh.Kalau dia tahu,habis rumah aku kena bom.Heh!Satu lagi,abah aku selalu beli bunga api yang besar tu.Ala,time merdeka,ke new year ke,adalah benda tu.Time tu yang best.Sebab berlawan dengan jiran..haha.Kitorang lagi power dowh.
bang bang boom!!
Bila raya orang selalu buat apa lagi,ek?Buat kuih la.Tapi family aku ni jenis tak buat kuih.Dulu2 kitorang buat lah.Sekarang ni dah tak buat.Tahu kenapa?Pasal bizi la.Kitorang beli je.
Tahu apa kuih fevret aku??Emm,sape dapat teka aku bagi duit raye seposen.Haha.Kuih fevret aku mestilah putu kacang.Aku pun tak tahu di mana keistimewaan pada kuih ni.Memang tak boleh berhenti kalau makan.Ok,bohong je.Tapi memang betul aku suka kuih kacang tu.Satu lagi,aku suka kuih..apa namanya..emm..ha,almond london.Haish,tergeliat lidah aku menyebutnya.Emm,nyam2,sedap betul.Setahun sekali je dapat jumpa kuih2 raye ni.
putu kacang
almond london
Tapi setakat ketupat dengan rendang,kuah kacang dengan nasi himpit tu,malam raya pun boleh.Memang orang buat malam raya pun,kan?Ish3..apalah aku ni.
ketupat
nyam2...
Pagi2 raya tu,lepas mandi sunat raya,terus serbu meja sebab nak isi perut.Memang patut pun,sunnah kan?Tapi aku tak terus makan,aku minum air Milo je.
milomilomilo...
Bukan apa,aku ni tak boleh makan pepagi buta.Karang nanti tengah2 solat sunat Aidilfitri karang,tiba2 perut memulas pulak.Kan susah macam tu.So,aku akan makan lepas balik dari masjid.
Bila raya mak-mak sedara,ayah-ayah sedara,sepupu semua akan balik kampung.Termasuklah family aku.Family aku ni memang best.Tahu apa pasal?Coz kampung mak aku tak jauh pun,belakang rumah aku je..hihi.So,mak abah aku taklah bergaduh nak balik kampung mana untuk beraya.Senang kan?Raya pertama biasanya akan beraya kat kampung mak aku dulu.Raya kedua baru balik kampung incik abah.Tahu kat mana?Kat Kuala Kangsar,Perak.
hiasan je..
Kampung kat Perak ni memang best sebab riuh betul.Bayangkanlah,ayah aku ada seploh orang adik beradik.Mestilah riuh kan.Belum masuk cucu cicit lagi.Ada ke cicit?Belum ada lagilah.Cucu sulong pun baru 22 tahun.Ha,bila dah balik kampung kat KK ni,banyaklah duit raya yang akan masuk ke poket.Sebab kat sini,banyak ahli keluarga.Belum masuk adik beradik opah dengan atok yang kat Ipoh lagi.Memang banyak betul.Sumpah tak tipu!Tapi tak adalah sampai 1000 hinggit.
duit raye??
Hmm,lepas raya yang tak best.Sambung balik sekolah.Time nilah vitamin m mula berfungsi balik dalam tubuh aku.Hak3.Boring gila duduk kat sekolah.Tapi ada kalanya best jugak.Ok,aku mengundur diri dulu.
p/s: Selamat hari raya!! Nak duit mintak kat incik abah dengan puan emak.Aku tak ada duit coz tak keje lagi,ok? Peace =)
No comments:
Post a Comment