Satu hari Ketua Kampung Pinang Sebatang sedang mencari para penduduknya yang mempunyai sifat pemalas untuk dipersembahkan pada sang Raja Putra Putri Adrinata.Maka,siapa yang benar-benar malas tidaklah akan dihukum pancung atau apa sahaja tapi akan diberinya ganjaran yang teramat istimewa.
Maka,sesi uji malas pun bermula.
Raja : Apakah kemalasan kamu?
Hamba 1 : Patik nak makan pun malas nak suap.Kena orang lain yang tolong suapkan patik.
Raja : Hurmm...
Hamba 2 : Patik lagi malas tuanku.Nak makan pun kena orang kunyahkan,baru saya makan.
Tiba tiba..
Hamba 3 : Patik lagi malas tuanku dari mereka semua ini.
Raja : Bagaimana pula?
Hamba 3 : Malas ah nak cerita.
Lalu sang Raja berbisik di dalam hati."Kompem mamat ni malas."
Maka,hamba 3 pon diberi ganjaran untuk tinggal di hutan belantara bersama pak Rimau.Baru saja sampai di situ,dia sudahpun mati dibaham pak Rimau.Tamatlah riwayatnya sebagai hamba yang paling malas.
Sekian terima kasih...
p/s : Memang aku suka mengarut.
p/s/s : Cite kat atas ni diadaptasi dari satu cite yang ada kat MASTIKA dolu dolu....
No comments:
Post a Comment