Assalamualaikum..
Hari ni JUMAAT. Hari yang mulia lah orang katakan. Memang ponn. So hari ni mak aku bawak aku dengan adek adek aku gi jenjalan. Bersama sama dengan kengkawannya jugak. Ke mana? LATA JUNJONG, KULIM. Best tak? Em...boleh lah tahan daripada tak langsong. Apsal pulak tetiba pegi sana? Sebab...minggu depan mak aku pegi KL. Kira macam upah lah kan seblom dia nak tinggalkan aku dengan adik adik aku kejap.
Mulanya cadang nak gi Lata Bukit Hijau tapi entah apa sebabnye aku pon tak tau, tukar plan pulak. Kalau aku, aku prefer Lata Bukit Hijau dari Lata Junjung lagi haa. Sebab pertama aku tak penah pegi LJ tu. Sebab kedua tempatnye tak meriah langsong macam LBH.
Aku pegi sana tak mandi pon. Rasa macam malas pulak nak berendam dalam air tu. Rendam kaki cukop lah. And adik adik aku dengan kengkawan diorang je mandi. Aku dengan kawan aku sorang tu aku panggil dia Along atau Along Anis taknak mandi. Rasa malas menjelmal (tiru cam david teo punye ayat)
Mulamula aku dengan bebudak ni pegi atas(lata tingkat atas tapi takde la atas sangat). Aku panggil diorang bebudak coz aku yang paling tua dari diorang. Adalah mamat duorang ni dudok lepak kat situ. Tapi aku wat bodo je. Bukannye kacau pon. Aku buat hal sendiri je. Dudok sana tak lama pon sebab malas nak kacau orang dating. Dating? Ha, mamat tu tunggu awek diorang. Bila awek diorang datang, kitorang pon blahh la. Nak cangak apa lagi tengok orang buat dosa.
Lepastu patah balek kat pondok tempat mak aku dengan kengkawan dia lepak. Adik aku pon mandi lah kat situ. Tetiba adalah satu kereta ni. Eh,bukan nak cerita pasal kereta tapi orang yang ada dalam tu. Kejapkejap ke sana lepastu patah balik ke sini. Dok rewind sampai berpuloh kali kat tempat yang sama, depan kitorang. First kitorang wat bodo je. Si Along ni pulak sedap je tarik...
"Dok wat hensem apa kat sini?"
Tapi dia cakap slow je ah. Rupanya mamat hantu raya haram jaddah ni nak mengurat duorang kakak yang getik ni. Kakak ni ke sana, dia pon cepatcepatlah pusing kereta dia kesana. Kakak tu kesini dia pon patah balik kereta dia datang sini. Cam babi je dok wat pangai haram jaddah tu. Then kakak kakak tu cepatcepat pegi kat motor dia terus balekk.
Lepastu aku dengan Along gi lepak tengok orang dok mandi dekat bawah. Kitorang tengok dari ataslah. Macam gambar ni...
Mulamula takdelah banyak sangat orang mandi. Tetiba boleh pulak beberapa orang remaja lelaki datang. (ewaahh remaja lelaki tuuuu) . Ciss, aku dengan Along wat bodo je haa. Tengok lah telatah diorang cemana. Ada yang buat aksi tejun kedalam air. Alaa...macam yang perenang yang pegi olimpik tuu. Tapi taklah terer sangat. Aku buat lagi terer. Wekk! Ada jugak yang menggelongsorkan diri atas batu licin tu terus jatoh dalam air. Macam best. Dah lama tak buat tapi tahu je lah. Semua yang mandi kat situ jantann! Tak mau aku!
Then teruih balek. Buat apa lagi tunggu lamalama. Dahlah time tu pon hujan.
seblom tu...
Layan gamba siket!
Adik aku.. AIDA
AFIFAH-AIDA
motif?
Tak ada apa senanye. Ni dulu gamba aku gi tepeng dulu. Yang barisan blakang tu semua anak sulong. Cuma sesat sorang je haa adik aku. Eh, aku nak tunjok Along Anis yang pegi kelah dengan aku tadi.. Yang sbelah kiri tu panggil dia Along. Aku tak hingat nama dia. Haa,yang sbelah kanan tu lah Along Anis...
Ok. Habeslah citer aku. Tak best sangat pon nak citer panjangpanjang. Malah aku takde mood nak menaip. Lol.
BYE!
No comments:
Post a Comment