Assalamualaikum. . .
1. Mendapat pengetahuan baru.
Pelajaran memberikan kita ilmu pengetahuan baru. Contohnya,
kalau kamu membeli sehelai baju baru yang berharga RM 35.00 dan membayar wang
sebanyak RM 50, kamu tahu bahawa kamu perlu mendapatkan balik wang baki
sebanyak RM15.00. Ini adalah kerana kamu belajar Matematik.
2. Mendapat kemahiran baru.
Sebelum kamu dapat membuat kad raya atau kad hari jadi
dengan komputer, kamu perlu belajar bagaimana menggunakan komputer. Sekiranya
kamu sudah pandai menyediakan kad-kad itu, kamu dikatakan telah mendapat
kemahiran baru.
3. Mengembangkan potensi.
Potensi ialah bakat dan kebolehan semula jadi kamu.
Contohnya, kalau pelajar lain mengambil masa enam bulan untuk bermain gitar
tetapi kamu hanya memerlukan masa dua bulan sahaja. Ini bermakna kamu mempunyai
bakat muzik. Bakat ini hanya dapat dikembangkan lagi jika kamu diberi peluang
belajar bermain piano, organ dan alat muzik lain.
4. Mendapat hadiah.
Kamu boleh mendapat hadiah wang tunai dari pihak sekolah
atau persatuan jika kamu adalah baik dan cemerlang.
5. Meningkatkan keyakinan diri.
Keputusan yang baik akan meningkatkan keyakinan diri kamu.
Semakin yakin kamu, semkain besar kamu akan berjaya dalam ujian dan
peperiksaan.
6. Meningkatkan kemahiran berfikir.
Pelajaran menajamkan lagi pemikiran kamu. Semakin tinggi
pelajaran, semakin tinggi kebolehan kamu berfikir secara kreatif dan kritis.
7. Mendapat pekerjaan yang baik.
Selepas kamu lulus PMR, SPM/STPM, kamu akan memasuki
institusi pendidikan tinggi. Apabila kamu telah menamatkan pendidikan di IPT,
kamu akan mendapat pekerjaan yang baik.
8. Menjamin masa depan yang cerah.
Pelajaran membolehkan kamu masuk ke Institusi Pendidikan
Tinggi. Dengan pekerjaan yang baik, kamu akan mendapat gaji yang lumayan. Kamu
dapat membeli barang-barang keperluan serta dapat membantu keluarga kamu.
9. Menikmati rasa berjaya.
Kamu tentu akan berasa gembira dan bahagia kerana berjaya dalam
ujian atau peperiksaan.
10. Mendapat pujian daripada guru dan ibu bapa.
Sekiranya kamu belajar dengan tekun, kamu akan mendapat
keputusan yang baik. Guru dan ibu bapa akan memberikan kamu pujian. Sudah
tentu, kamu akan berasa begitu gembira.
"Learn from yesterday, live for today, hope for tomorrow"-Abert Einstein
p/s : Ni bukan aku punya idea. Aku cedok kat mana tips ni pown dah tak ingat. Hikhik
No comments:
Post a Comment