16 WISHES

Assalamualaikum..

Hi..hi.. it's me. Again! Haha.. macam biasa. Korang kena ngadap lagi blog suka suki aku ni..huhu. Ouh, lupa skrip pulak aku ni. I'm Izzati Hazirah dalam rancangan... apa? Tak dengarlah. Kuat lagi. Ha, "Merapu?Ya,memang merapu". Huhu..

Ok, hari ni aku ada story yang agak agaklah best. Kalau nak baca silakan. Kalau tak nak, jangan paksa diri tu baca. Em, hari ni tajuk 16 wishes. Tapi aku bukan nak cerita pasal drama 16 wishes yang korang tengok kat disney channel tu. Yang Debby Ryan berlakon tu. Ala, tak tengok? Nanti tengok tau (kalau nak tengoklah).

Hari ni hari last dalam tahun 2010. Ya, it means esok 1 JANUARY 2011. Yahoo! Esok Tahun Baru.. Malam ni kita semua countdown la ramai ramai. Tapi aku tak mainlah countdown countdown ni. Entah apa kes aku ni. Memang tak semangatlah nak buat countdown nak sambut tahun baru ni. Daru dulu lagi.Kalau countdown pasal raya Aidilfitri, itu seblom pose lagi aku buat. Huhu... beselah sape tak seronok bila raya kan??

Eh cite pasal raya pulak.Dah dah.. memang tabiat suka tukar topik betul aku ni. Em, 16 wishes. Tahun depan aku dah enambelastahun. Enambelastahun! Yeayy yeayy, aku dah tua setahun. Adik adik, akak dah tua setahun. Setahun je bukan dua. Alhamdulillah.. 

Tapi seblom tu cepat cepat buat azam/wishes.

[Nak laptop satu] 
(dengan semua kelengkapan macam broadband, headfon, pendrive baru dan macam macam lagi)

Ini memang diidamkan seblom PMR aritu lagi. Sebab aku nak laptop adalah aku tak payah nak berebut dengan Si Buntal lagi bila nak main comp. So simple. Lagi satu, senang nak buat assignment. *Eceh, blom masok U lagi dah pandai cakap assignment*. Maksud aku keje khusus la. Adoyai. Lepastu, aku boleh letaklah brape puloh ratus dokumen pon dalam laptop ni. Laptop aku, aku punya pasal ah nak wat ape pon. Hihi.. lepastu jahanam lah laptop kalau aku buat camtu slalu. Lalala. Tapi aku rasa takkan tercapai kot dapat laptop tahun 2011. Ala, sedih...

T_T

[Nak henpon baru]

Tadi nak laptop lepastu henpon pulak. Amboi, banyak betoi duet aku. Yelah, ni henpon lama mak aku dowh. Tak best ar. Coz tempat memory card tu dah jahanam. Langsung tak boleh tukar dah memory card baru. Dah lah 1 GB je. Memang tak cukoplah nak simpan lagu berlambak lambak. Kalau pakai memory card aku tu lagi best. Walopon tambah satu GB je (2GB), tapi bolehlah letak sekurang kurangnya dua ratus lagu..Huhu. sonok. *Tepuk tangan!* Kalau boleh, bila dapat henpon baru ni, aku nak beli memory card 8GB trus. Bagus kan? Macam kezen aku punya henpon. Tapi skang dah jahanam. Beselah touch screen.

[Lebih rajen]

Ini memang azam setiap tahun tapi malas camtu jugaklah. Huhu. biasalah. Aku pon manusia jugak macam korang korang semua. Kalau tak ada malas tu, hmm... maknanya tak normal lah aku ni. Haha. Tapi aku ni rajenlah jugak,kan. Rajin merapu.. Hikhikhik.

[Dapat lesen motor]

Huhu.. motor pon tak reti lagi nak bawak tapi dah berangan lebih nak ambik lesen motor. Takpe berangan dulu. Lepastu usaha. Lepastu doa. Lepastu tawakal. Kemudian.. jeng jeng jeng. Dekat dompet aku ada kertas keras baru. Apa lagi? Lesen motorlah...Huhu

[Jadi kurus]

Ini azam baru. Tahon tahon seblom ni tak penah lagi ada azam cenggini. Sebab apa ada tahun ni? Sebab tahon ni baru aku perasan yang badan aku dah chubby plus tembam plus besar plus memang berat. Sampai dah cecah angka limapulohenam tau. Ingat apa? Sejak sejak aku datang bulan tahon lepas, bukan main lagi berat badan aku naik macam dipam pam. Benci tau.. Nasib baik aku sedikit tinggi. Sedikit je lah. tak banyak. So, tak nampak sangatlah kebesaran badan ni. Kalau ada pon orang akan cakap aku ni ikut maksu aku, adik abah aku. Badan tinggi dan besar sebab tulang rangka besar. Tapi aku tengok maksu aku tu tak adalah besar sangat. Walaupun dah ada anak duorang yang chomel chomel tapi aku tengok takdelah gemok sangat. Tembam adalah. Tapi chantek ouh maksu aku. Putih lagi. Tapi apsal ah aku tak ikot cam mak ngan abah aku. Dua dua boleh tahan putih tapi aku???

Itu sajelah kot azam tahon doplohseblas. Nak azam banyak banyak takot tak tercapai dek akalku lah pulak. Lepastu masok menengah atas. Aku dah form 4. Takotnye takotnye. Hari isnin ni ada orientasi baru untok form4. Alahai.. lepastu mulalah tertanya tanya nak masok kelas yang mana. 


Huhu.. tengok tengok. Tengoklah gamba atas tu. Ada empat pilihan kelas. Mak aii, siap ada emoticon lagi kat setiap notes tu. Setiap emoticon kat notes tu melambangkan reaction aku. Aku memang gilakan kelas IT tu. Memang nak sangat. Tapi yang aku takotkan cikgu dah set siap siap kelas yang patot aku dudok. 

Kalau kelas GEO, kompem tak boleh kot masok coz aku dapt GEO C masa PMR aritu. Kalau kelas ACCOUNT? Mak aii... mau tercabot wayar otak aku. Dahlah lemah Maths. Nak study akaun pulak dah. Memang faillah. Bukan minat aku dowh. Taknak taknak. Kalau cikgu setkan kelas yang aku dapat tu LUKISAN KEJURUTERAAN? Macam mana aku nak buat? Ish, dahlah tak teror bab lukis lukis ni. Kalau teori lukis ni mungkin boleh pass. Kalau lukis ni, susah sikitlah. Tangan aku bukan yang jenis lembut. Keras punya tangan ni. 

Dan kompemlah aku takkan masok kelas ARAB SAINS. Cikgu aku pon takkan tempatkan aku kat kelas ni sebab aku tak penah ambik subjek Alloghatul 'arobiah ni masa PMR dulu. Time UPKK masa darjah lima dulu aku ambillah. Dapat A lagi.. Huhu. Tapi naik skolah menengah aku malas nak amik sebab tak minat.

Okay.. jumpo lain kali. Den ialah Izzati Hazirah nak gi jalan jalan gi blog orang lain pulok. Nanti jumpo anda lagi kat rancangan "Merapu?Ya,memang merapu..." Huhu.

p/s : Intenet harini dengan semalam lembab nak mampos... Sakit hati toi. Sebab tu sempat upload satu gamba je...





2 comments:

MyNameisAimii said...

happy new year 2011.! :)
semoga semua azam tahun baru akan tercapai yaa ;)

Izzati Hazirah said...

hepi new year too..

tanx sudi folow blog nie.. ;)

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©