5 - 2 - 1

*Entry ni aku tulis panjang jugaklah*

Assalamualaikum...

Heheh,semalam doplohtiga disember doplohseploh. Hurmm, aku pulak dah form 3. Tahun depan form 4. Dan apakah maksod 5 - 2 - 1 kat atas tu? Aku kena sampuk dengan sifu dan tongga ke yang asyik2 sebot 1-3-9. Paham tak maksod den? Tak paham? Alolo..ok ok. Aku citer..

Bismillahirrohmanirrohim..

Semalam aku pegi amek result PMR. Aku jalan kaki gi sekolah dengan Hani and Pera (Syafira). Kitorang memang da janji nak gi sesama skolah. Bangun pagi agak lewat sebab ngantok. Sedar sedar je pagi dengar sora opah aku. Aku pon dengan mamai bangun. Tengok jam henpon.. Alamak! Dah pukol 7. Apa lagi kelam kabut solat suboh dolu baru balik rumah nak siap cepat. Dah janji pukol 8 gi skolah. Gila awai aku pi. Sapa pon tak mai lagi. Ni suma Hani punya pasai ah, eksaited sangat nak pi awai..

Sambung balik, lepas mandi, aku on9 kejap. Ala, lambat lagi pukol 8. Lagik setengah jam kot lebih kureng. Aku on9 sebab nak download lagu. Itu memang kegemaran aku. Hahax..LOL. Lepastu, Hani cakap dah kuar umah. Time tu kelam kabut baru terhegeh gedik nak pakai tudong. *Shawl je pun*

Lepastu dia datang dengan Pera. Ouh, kecewa hampa gila tengok Pera tak pakai baju itam/hijau seperti yang dijanjikan. Alahai... *majok* Tapi takpe, dia pakai jugak baju..haha. Lepastu, terus gi kantin skolah. Lepak kat sana sambil chit chat-dengaq lagu-gado gado-usik usik-*tak de wat apa dah..hihi*

Lepastu Shifa budak kelas agama apa entah datang. Tapi kitorang tak sembang sangat dengan dia. Sebab..dia ni alim sangat.Payah nak sembang. Aku pulak kalau dah menyembang mesti nak merapu punye . =P . Then, Pipah budak kelas Agama Maliki kalo tak silap aku pulak join kitorang. Kalo dah dudok dengan dia keja nak gelak kuat kuat je. Terpengaruh dengan dia ar. Padahal aku pon memang gelak kuat.

Ok, pukol sembilan pagi lebih kitorang dah naik ke pejabat. Lepak sana dulu. Lepastu ada pakcik ni (aku kenal jugakla sebab anak dia kawan aku) tetiba turon dari Bilik Gerakan lepastu bawak slip result anak dia. Kitorang terpana seketika melihat situasi itu. Lepastu, apa lagi kelam kabut naik tangga gi Bilik Gerakan sebab eksaited sesangat nak tengok slip result tu.

Masok je bilik tu dah gelabah.Dalam hati asyik cakap,

"Mesti banyak D. Huhu..sebab banyak sangat hentam. Lepastu kompom kena tendang dari skolah ni."

Lepastu cari cikgu kelas sebab nak amik result tapi tak jumpa pulak. Lepastu nampak cikgu Geo aku. Cikgu Hashim! Oh,mula mula je tau yang dia akan bagi slip tu memang dah ketaq.Mana tak nya, dalam kelas dia cikgu paling garang wohh... Kadang kadang panas jugak dengan dia. Tapi aku tak pernah lagi ar skip kelas dia. Gila hape, dahlah guru kanan pulak tu. Satgi dia habaq kat cekgu disiplen, mampoih kena gantung skolah. Jangan main main woh dengan dia!

Eh, citer pasal Cikgu Hashim la pulak. Ha, lepastu si tiga dara pingitan (aku-Hani-Pera) yang tak berapa pingitan ni pon jalanlah gi kat dia. Kitorang orang yang awal awal gi amik slip. Macam aku cakap tadi, ekaitedlah sangat nak tengok cemana rupa slip tu. Padahal sama je dengan UPSR punye...LOL. Mula mula Pera yang amik slip dia. Lepastu Hani. Last aku. Budak kelas aku yang lain amik lambat siket. Kira macam lepas je aku amek slip baru diorang datang.

Masa aku nak amek slip tu lah debaran jantung ni kuat cam nak luroh meletop sume ada. Bila tengok je slip result aku, terus rebah sebab terkejut sangat aku tak de D langsung. Beh ouh. Lepastu, aku mula lah memekak menjerit nak tunjok betapa hepinya perasaan aku time tu. Memang hepi punnn... Kalah orang yang dapat straight A's.Bukan aku je yang hepi, sume yang dapat result leklok pon hepi.

Yang aku rasa bangang sekali, orang sume cakap aku ni teror. Ni orang yang dapat lower dari aku lah. Yang dapat higher pulak boleh je cakap 'congratz' kat aku. Apekah?? Tapi tenkiu sebab ucap tahniah untok aku yer...Ouh lupe nak citer result. Hasil main main belajar tak sunggoh sunggoh inilah dia :

5A - Bahasa Melayu , English, Science, Kemahiran Hidup bersepadu n Agama Islam.
2B - Maths n Sejarah
1C - Geografi

Ha, di manakah ke'teror'an aku? Mana mana? Ok, compare pulak dengan result trial..

3A - Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup Bersepadu n Agama
2B - English n Geografi
1C - Science
2D - Maths n Sejarah

Ha, amek kau yang D jadi B. B jd A... macam macam lagilah. So, mana aku tak rebah and hepi bila dapat result kureng kureng macam tu. Aku bersyukur sesangat sebab :

Tak ada D
Tak kena buang sekolah

*bukan nak bangga tapi ini kenyataan*

Aku memang tak expect sikit pon nak dapat result cenggini. Aku target 3A and kompem banyak D tapi lain yang kuar. Yang herannya, aku jawab main hentam je untok subjek BM,MATHS n SCIENCE.Tapi tapi..(lost words). Dahdah.. Allah dah bagi kesenangan hati aku bila dapat result camtu pon nak pikir pikir lagi. Astaghfirullahalazim.. Tak baik betol aku ni.

Walopon result aku tak gempak macam kezen kezen aku tapi aku dah rasa Alhamdulillah sebab aku mampu setakat tu je. Kezen kezen aku punye result :

Adawiyah - 8A 1B(kezen sebelah mak)
Muhaimin - 9A(kezen sebelah abah)
Atirah - 8A 1B(kezen sbelah abah)

*saja nak kapitkan muhaimin tengah tengah tu... maap ye

Walopon tak genius seperti mereka, tapi aku tak rasa tersingkir pon. *Apa kejadahnye aku letak singkir ni, macam Af pulak*. Yelah, kalau aku terok cemana skali pon aku still kezen diorang. Nak pinggirkan aku? Jangan harap. Meh sini aku bagi penampaq skali dua sampai koma baru tau. *Kejam jugak aku ni.. huhu*

Dah amik result kat bilik gerakan, kitorang gi Pejabat pulak mintak kunci bilik guru coz Hani nak amik buku kokurikulum dia yang disimpan oleh Cikgu ******* (nama harus dirahsiakan atas sebab peribadi).Tapi cari cari tak jumpa. Hurr, penat je kena naik tangga hantar balik kunci kat pejabat. Adooii..

Lepastu je, terus balik sebab Hani nak pegi Sungai Petani pulak sebab nak gi tukar course kat sekolah teknik Sungai Petani 2. Tapi seblom tu, kitorang sempat jugaklah ambil gamba kenang kenangan buat tatapan seblom tidoq. Haish, merapu dahlah tu. Ok, meh layan gambaq pulak ...


Apa macam comel tak adik aku duorang ni???
Pera-Hani

Inilah effectnya jadi anak polis... Akulah tu

Comel tak?? Pera memang comel pon.. aku je yang tak.. huhu

Nanges T_T

Walau apa pon,aku suka background gamba aku dengan Pera tu. Damai je. Walopon tak minat hijau tapi aku cintakan kedamaian. Lalala.

Okay..ini saja entry untok hari ni. Maap sebab panjang sangat.....

Babai

Tatapan terakhir entry ni..

Nak jugak semakkan entry ni dengan gambaq kembor tak seiras duorang ni....haha








2 comments:

Insyirah. said...

congrats congrats !

Izzati Hazirah said...

Tenkiu gurl..

Abg syira dpt bape?
msti terer an..

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©