Merentas Desa 2012


Assalamualaikum...

Hari ni tak pasal-pasal sekolah ganti. Dahlah buat sekolah ganti, kena merentas desa pulak. Haihh...tension! Tapi sebab aku ni baik sangat *tangan di dada mata ke atas, aku pun pegi lah jugak larian merentas desa tuh sebab sekali pun aku tak penah pegi latihan yang dibuat. 

Dengan memakai t-shirt biru, track suit with blue stripes dan tudung biru sebagai tanda wakil dari rumah Lekir iaitu biru, aku pun melangkah ke asrama sekolah, tempat di mana semua pelajar berkumpul sebelum memulakan larian.

Lepas tanda kedatangan, aku pun pegi ambik no. First time pakai tag 'P1' mewakili Form 5 dan Form 6. Tak sangka dah tua. Eh, tua dalam form lah. Hakikatnya, saya muda lagi...hahaha. Aku, Mala, Tiekah and Salika pun jalan sesama. Kami berempat memang tak mau lari. Tapi, kami lari jugaklah sikit-sikit. Dapat jugak sampai sekolah awal.


But, tak dapat number pun, mata pun tak kutip. Lambat sikit je. Then, makan, gi surau sebab temankan Pera tukar baju dan tengok acara penyampaian hadiah. Tahun ni rumah Kasturi (Hijau) menjadi juara keseluruhan. A big applause for them! Sedih? Aku tak sedih pun Lekir tak menang sebab aku memang dah tau Lekir susah nak menang.

Selama ni, Jebat(Merah) dan Kasturi je yang selalu bersaing untuk menang. Lagipun aku dulu rumah Kasturi, so aku tak kisah. Cuma aku bengang sebab cikgu sengaja tukarkan aku ke rumah Biru. Tak best pun. Hahaha....

Ouh, tak hado gambar untok merentas desa kali ni. Haihh, tahun terakhir kat sekolah macam ni lah yang takde gambar pun. Adoyai...


-Daaaaaaa-




No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©