Bukan lah nak bajet hot :P


Assalamualaikum...

Add me
|
Chat
|
Berbasa-basi
|
Mintak number
|
Mintak jumpa
|
Naik pangkat jadi 'couple'


Hye hye! Selalu tak jadi macam ni? Selalu? Tak penah? Kadang-kadang? Ha, kalau aku lah kan, kadang-kadang lah jadi benda macam ni. Tapi, aku layan lah jugak. Nak jugak aku kaji selidik pasal mamat-mamat tu kan. Tapi, bila dia start cakap pasal bf, cepat je aku mengaku aku dah ada. Lantak lah aku jawab hape pun. Janji hadoo.

Next, bila dah tau aku dah 'dimiliki', mintak number aku pulak. Konon nak jadi abang angkat lah tu. Haihh, maaf lah. Phone no. aku tu bukan untuk dijual sembarangan. Hanya orang tertentu aje boleh mengetahuinya. Harap maklum. 

After that, bila dah tak boleh dapat number aku, mulalah mintak jadi kawan dan ajak jumpa. Maka, saat tu, aku dah dapat tau dia ni jenis yang macam mana. Sebab ex-BF aku dulu perangai loqlaq macam ni lah. Maka, bila hati akal dan hati aku kata, aku ' cannot go' dengan mamat tuh, aku akan segera me'remove' serta mem'blocking' beliau.

Bukan lah aku ni over nak bajet hot ke hape ke. Maaf, aku ni bukanlah jenis open-minded sangat. Orang mungkin cakap aku ni kolot, tapi aku nak jaga maruah aku jugak. Tetiba je orang yang aku tak kenal nak mintak number phone dan jadi abang angkat segala bagai. Oh, saya bukan jenis perempuan yang 'mudah' macam tu.


Dengan orang yang dekat pun aku susah nak kapel, ini kan orang jauh. Sebab tu lah aku dah lama tinggalkan dunia bercouple tuh. Couple tuh bosan. Aku tau sebab pernah rasa. So, aku ambik keputusan untuk single selepas empat kali bercouple. Biar lah orang nak kata apa pun. Aku nak jadi anak yang diredhai mak abah aku dan juga hamba yang diredhai-NYA. 

Cukuplah dengan perangai aku yang malas study, aku tak nak pulak terjebak dengan couple ni. Walaupun aku sayangkan oppa aku tu, tapi tak terikir pun aku nak couple dengan dia sebab bila aku sukakan seseorang tu, aku nak sampai jadi isteri si dia, bukan hanya makwe. Sekian, terima kasih.


-Daaaaaaa-




No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©