Random Facts of Me #1


Assalamualaikum...

Dah lama ngat tak update, kan? Mula-mula aku nak cakap berkaitan kerja-kerja seorang perempuan. Terus terang aku cakap aku ni memang jenis pemalas nak mengemas rumah. Tapi tak semestinya rumah aku ni bersepah-sepah. Cuma tahap mengemas aku ni tak lah mencapai tahap rajin mengemas. Kadang-kadang je aku mengemas tapi bila sampai mood mengemas aku tu, konpem memang kemas giler. Tambah-tambah bilik aku... XD

If I could've this one. Simple but looks elegant..

Satu lagi, aku tak berapa suka ngat dengan aktiviti menjahit. Tak minat lah pulak. Tu sebab aku jarang koyakkan baju/seluar aku (apa kejadahnya nak koyak baju ni?). Mungkin aku ni bukan jenis perempuan melayu terakhir. Mungkin! Yelah, aku ni pun bukan 100% melayu tulen. Ada jugak sesat darah campuran. Yang aku tau, Pakistan, Jawa dan Cina.

Tapi, aku suka masak. Masak ni best! Tambah-tambah kalo masak sendiri. Lagi best kalo apa yang dimasak tu sedap. Baru lah ada feel, betol kan? Bagi aku, masak ni senang sebab cuma duduk kat dapur. That's all. Tapi, aku tak harap lah sampai nak jadi Masterchef tu. Takkan penah jadi punye!


Lagi, pasal apa ya? Membasuh? Err...basuh pinggan aku rajin lah. Tapi bila datang bab basuh baju, memang malas. Nak basuh tu ok aje. Tapi yang aku malas bab nak menyidai, angkat kain dan paling tak best, melipat kain. Sebab tu sampai skarang aku tak pandai lipat kain dengan kemasnya. Calon isteri yang agak terok, bukan?

 Rasanya, itu aje kowt? Aku akan cuba perbaiki yang mana tak elok tu jadi lebih baik. Nobody's perfect but always remember, practice makes perfect. :D


-Daaaaaaa-



No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©