Karnival IPT at Sunway Convention Centre


Assalamualaikum...

#Entry ditulis dalam mood nak tak nak menaip je. Bored!!

Hye readers! Dah lama kan aku tak update blog. Tadi kan aku dengan hampir semua form 5 dekat skolah aku pegi Karnival IPT anjuran Kelab Kaunseling. Jumlah pelajar bercampur 4 orang guru dapatlah memuatkan dua biji bas. (eh, biji kah?)

sebelum bertolak. pic kredit to Ka

Perjalanan ke sana ada lah dalam dua jam. Bila sampai kat sana, cikgu-cekgi edarkan air mineral dan makanan. Depa bagi nasi lauk ayam. Ok, lah. Tanpa membuang masa, kami pun terus makan sebab nanti susah nak usung makanan tu ke sana ke mari. Sebabnya...bekas polisterina berminyak akibat daripada kuah yang tertumpah.

Tak semua students yang makan. Ada yang dah over nak masuk dalam Mall tuh. FYI, yang mana yang tak tahu lah kan, Sunway Convention Centre tu terletak dalam Sunway Carnival Mall. Tett! Habis cer pasal tu.

Tapi, cikgu kami neh tak bagi depa masuk selagi kami tak habis makan. So, depa pun mula lah riuh suruh cepat-cepat makan. Aku pun pikir, sementara tunggu kami habis makan, lebih baik depa pun sama-sama makan. Tak ke bangang?? 

Oh, aku dengan geng aku je yang pakai baju kurung sekolah, student lain pakai baju PJ. Well, saja nak jadi budak 'special'..LOL. 

Me and Nyna kat dalam bas...

So, dah macam pengawas lah bila pakai macam kat atas ni. Eh, poyo je...lalala. Dan nak masuk kat tempat pameran tuh...mak aii. Penuh-sesak-ramai gila students(termasuk dari skolah-2 yang lain) dan panas. Nak masuk pun main tolak-menolak. Apa punya turrr???

Masa mula-mula beratur. Pic kredit to Mizah

Tak jalan banyak pun sebab masa yang cikgu bagi sat sangat. Tak beh! Lepas tu, salin baju dan ronda dalam mall. Aku ni buka jenis shoppaholic. Duit pun nan hado. Jadi, aku pun blah dari mall tuh. Tak beh pown. Camera pun tak dak. Camera sekolah adalah kawan aku tu pegang. Mula-mula ingat nak jalan dengan dia lah sebab dapat jugak lah menyemak dalam gambar kamera tu.

Tapi terpisah sebab hanyut dalam lautan manusia dalam mall tadi. Aku frust jugak lah sebab tak dapat peluang tu... :"(

dalam mall...

Tengok tuh aku beli chocolate blog. Saje try test dengan air ni. Best jugak. Sedap pun sedap.

dah kuar dari mall...

Kami berdua melantak bihun goreng. Tapi tak do lah melantak sangat. Makan just nak hindarkan dari sakit perut. Tambah-2 aku. Karang kalo jadi pape mahu mengerang dalam bas. Buat malu je. =="

aku suka pic ni. lantak pi lah...

me and Nyna lagi...

tengok tuh. aku guna chopstick. terer woo...cewi!

bajet mesej ngan BF. padahal tak hado punnn...

Lepas kuar dari mall, kami singgah masjid. Aku tak turun dari bas. Harap paham. Lepas depa semua sudah salin baju, solat dan sebagainya, maka bas pun bergerak untuk balik ke Baling. Dalam bas, aku mintak camera sekolah kat Hafiz and dia pun bagi. 

Aku dengan Nyna pun tengoklah gambar-2 yang diambil. Pergghh...banyak siot. Paling banyak gambaq geng Syikin lah sebab dia yang usung camera tu sepanjang dalam mall hatta semasa di masjid pun dia bawak. Tu yang aku rasa tak best pun sebab tak dapat join depa. Rasa macam diri tak dihargai. Sob sob ..

dalam bas baru dapat pegang Cam. tu pon sebab mintak kat Hafiz.


-sekian berita kali ni-



  

No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©