Kuatkan Semangat...


Assalamualaikum...

Salam Sabtu semua. Apa yang saya nak kaitkan dengan tajuk saya ni? Macam ada something tak kena aje kan? Yup, memang ada pun. Tahu tak, ramai students sekolah saya yang kena histeria atau rasuk. Makin hari makin menjadi. Kawan sebelah saya pun kena. Dah tu, takkan saya nak tunggu lagi. Mestilah larikan diri. 

Tapi, tak lari jauh pun. Saya kesian dengan dia. Mula-mula memang lah takut. Tapi, ramai yang cakap, jangan takut. Kalau tak, saya pun akan kena. Kuatkan minda. Kalau lemah, benda tu senang nak kuasai. 




Sejak kejadian tu, ramai yang takut. Nak pergi skolah pun malas rasanya. Tapi saya? Takkan nak monteng pulak sedangkan sekolah hanya bersebelahan dengan rumah. Aduih. Mintak-mintak lah saya dijauhi dengan gangguan yang macam tu. Tambah-tambah pulak nak SPM. Takut kang tak boleh nak fokus. Hmm...harap keadaan sekarang dah beransur pulih lepas diorang pagar sekolah malam Khamis hari tu. 


-thanks for reading-





No comments:

 
This blog is fully edited by Nor'Izzati Hazirah Binti Zulkarnain | No copycat-ing , be polite | N_IZRAH'S copyright ©